BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday 2 April 2013

Anwar Ibrahim bertanding di Selangor? Berani ke dia? #TolakPR #BN4Selangor #BN4Sepang



Wah!!!! Pergeseran dalam Pakatan Haram semakin terserlah menjelang PRU13. Memang itulah kerja mereka. Asik bergeser sahaja. Kononnya urusan meletakkan nama calon disetiap kawasan telah selesai. Namun hingga kini belum ada senarai penuh yang dikatakan telah siap itu. Anwar Ibrahim sendiri pun tidak pasti kerusi mana dia nak pergi bertanding. Mungkin masih merisik-risik kawasan yang selamat untuknya.

Hoi Anwar Ibrahim ..  Aku cabar kau datang bertanding di Selangor kalau kau berani sangat. Kalau kau yakin Pakatan Haram akan kekal di Selangor ayuh la bertanding di Selangor. Jangan berkokok atas pentas ceramah yang semakin kurang pendengarnya sahaja. Di Sepang pun ada terdengar-dengar ramai yang tak berpuashati Hanipa Maidin (calon yang tewas ditangan DS Noh Omar pada PRU12) dicalonkan untuk Parlimen Sepang. Sebelum ini nama Yang DiPertua PAS Sepang disebut-sebut akan menjadi calon.

Baguslah. Teruslah bertelagah merebut kerusi untuk bertanding. Jangan mimpi Pakatan Haram akan mengulangi senyum seperti 2008. BN telah banyak berubah. BN akan terus memacu negara bagi merealisasikan impian Tun Mahathir untuk melihat Malaysia Maju pada 2020.
JOHOR BHARU: Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menuduh PKR negeri itu sebagai 'tidak munasabah, tidak sedar diri dan kurang semangat persaudaraan' terutama dalam tuntutan kerusi Parlimen Segamat dan Bakri. Beliau berkata, PKR diperuntukkan 11 kerusi Parlimen di Johor, berbanding sembilan untuk PAS dan enam kepada DAP. "Saya amat kesal PKR Johor telah mensasarkan kerusi DAP. Saya menggesa agar mereka melihat kepada gambaran yang lebih besar," katanya. Dr Boo berkata, daripada 'mengintai' kerusi Parlimen tambahan, PKR sewajarnya menukar kerusi DUN dengan PAS yang diperuntukkan 28 daripada 56 kerusi negeri yang dipertaruhkan. Kenyataan keras ini timbul sehari selepas Timbalan Pengerusi PKR Johor, Dr Ahmad Faidhi mengumumkan beliau kini mengambil alih tugas pengerusi negeri daripada Datuk Chua Jui Meng, yang 'menghilangkan' diri selama lebih daripada 10 hari. Dr Ahmad menegaskan bahawa kerusi Parlimen Segamat serta kerusi DUN Johor Jaya dan Tangkak adalah milik PKR. Pada PRU 2008 kerusi Parlimen Bakri dimenangi DAP dan Segamat menjadi milik Datuk Seri S. Subramaniam daripada BN yang menewaskan calon DAP. Terdahulu, Chua dilaporkan kecewa apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak merestui pencalonan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah. Chua dilaporkan berminat untuk bertanding di kerusi itu. Malah Chua juga sebelum ini menyatakan bahawa dia turut berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri, iaitu kawasan yang beliau tandingi sebelum digugurkan oleh Barisan Nasional pada 2008.

TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL

1 comment: