BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saturday 16 February 2013

Pengutkuasa MP Sepang marah dengan majlis penyerahan voucher BR1M?


Semalam, sewaktu majlis penyerahan BR1M sedang berlangsung di Bandar Baru Salak Tinggi, penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang sibuk menyaman kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Ini kerana masalah kekurangan petak letak kenderaan yang menyebabkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan dibahu jalan tersebut. 

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa sewaktu majlis penyerahan BR1M berlangsung mereka-mereka ini ligat 'mencari' mangsa. Adakah kerana ingin mensabotaj program ini ataupun marah dengan program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional?

Pada hari-hari biasa tidak pula kelihatan penguatkuasa ini berpusing-pusing mencari mangsa. Panglima rasa mereka ini dikerah oleh 'seseorang' yang sering saja mencari pasal mengganggu apa juga program dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang kebanyakkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh rakyat di Sepang. 

Ini berbeza dengan program anjuran pakatan haram baik kerajaan negeri sendiri yang tak ubah macam kenduri doa selamat sahaja kehadirannya. Panglima dimaklumkan sewaktu Menteri Besar Selangor turun ke Bandar Baru Salak Tinggi pada hari sebelumnya, sekitar 250 orang sahaja yang hadir dan kebanyakkannya adalah ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kampung.

Tolak Pakatan. UNDI BARISAN NASIONAL untuk PRU13.

No comments:

Post a Comment