BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday 8 November 2011

SALAHKAH DS NAJIB MEMAKAI TALI DI LEHERNYA??

SALAHKAH DS NAJIB MEMAKAI TALI DI LEHERNYA??

Inilah politik longkang puak-puak yang menjilat bontot Anwar..Ada aja yang tak kena dengan Perdana Menteri Malaysia. Bukan setakat di Malaysia saja mereka nak kutuk atau fitnah...sampai PM menunaikan fardu haji di tanah suci Mekkah pun mereka tak lepaskan peluang untuk menabur fitnah..Agaknya mereka buat kerja ni dapat pahala kot. Tu yang berlumba-lumba menabur cerita fitnah....

Puak-puak yang menjilat bontot Anwar ni mendakwa Perdana Menteri, DS Najib mengerjakan tawaf di Mekah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya. Hebat betul puak-puak ni..dengan hanya tengok gambar saja dah tahu itu tangkal...ilmu apa yang dia orang ni pakai??


Inilah jawapan kepada tali yang tergantung di leher DS Najib :
 
Pejabat Perdana Menteri menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji. Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.

Sudah-sudah la dengan kerja menfitnah orang ni.Agaknya puak-puak yang kerjanya menabur fitnah untuk memburukkan nama DS Najib ni tak sanggup melihat Anwar dihumban dalam neraka. Sebab tu mereka berlumba-lumba manabur fitnah supaya peluang mereka untuk ke neraka bersama Anwar lebih besar...
 
Mengerjakan haji ikhlas kerana Allah. Tetapi nilai ikhlas, tak seorg pun boleh tentukan sbb hanya Allah sahaja yg lebih mengetahui. Kemudahan mengerjakan haji juga adalah bahagian masing2. Jadi tidak ada isu 'trill' kat sini. Kalau korang nak mengerjakan haji sbb nak rasa 'trill' itu bahagian masing2 juga sbb pastinya Allah akan makbulkan.
Hendaklah kita berdoa kpd Allah supaya di permudahkan ibadah kita dan beruntunglah mereka yg di berikan ganjaran sedemikian.
 
Sakit benar hati para juak-juak dan penjilat Pakatan apabila melihat gambar di atas. Geram benar mereka apabila melihat Najib Abdul Razak dan isterinya melakukan ibadah tawaf dengan diiringi oleh pengawal-pengawal peribadi yang sudah tentu ditugaskan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengiringi Perdana Menteri Malaysia.

Kata mereka, apa thrill lagi melakukan ibadah Haji kalau sudah dipermudahkan sebegitu rupa!

Dan anehnya, yang mengeluarkan cakap-cakap sebegitu adalah manusia yang mengaku mereka memperjuangkan Islam di Malaysia dan beria-ia mengatakan menolak hudud PAS yang diatasnamakan hudud Allah Taala, sebagai kafir.

Barangkali puak-puak yang terlebih Islam berbanding orang Islam lain di Malaysia ini tidak pernah tahu tentang Af'al Allah Taala.... barangkali juga mereka tidak tahu tentang orang yang dipermudahkan Allah Taala untuk melakukan ibadah, golongan yang dikenakan pelbagai cubaan sesuai dengan kemampuannya, golongan yang sememangnya mencari-cari alasan untuk menghalalkan perbuatan diri dan golongan yang sememangnya lebih mudah melabelkan orang lain tetapi amat sukar dan mustahil sekali bermuhasabah akan dirinya.

Khalifah pertama dalam Islam yang mempunyai pengawal peribadi ketika melakukan ibadah Haji adalah Syaidina Muawiyyah bin Abi Suffian r.a dari Daulah Umaiyyah. Barangkali kalau langau-langau ini ada pada waktu itu, tentu mereka akan bersegera menjatuhkan hukuman kepada Muawiyyah kononnya Muawiyyah tidak cukup Islam kerana mempunyai pengawal, bukan sahaja ketika melakukan ibadah ziarah, tetapi juga ketika menjadi imam solat dan khatib Jumaat.

Dan pastinya Arab Saudi yang bermanhajkan Wahabiyyah menyedari tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan ketua-ketua negara yang datang ke negara tersebut pada musim haji memandangkan ia adalah salah satu daripada perkara penting yang ditekankan dalam Siyasah Syariah Islam..

Barangkali puak-puak ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kali terakhir Nik Abdul Aziz pergi ke Makkah, dia hanya berada di atas kerusi roda. Abdul Hadi Awang ke Makkah tetapi keistimewaan diberikan oleh Allah Taala menerusi Af'al-Nya membolehkan Tun Dr. Mahathir bersolat di dalam Kaabah, tempat yang merupakan hanya segelintir sahaja yang dibenarkan berada di dalamnya.

Dek kerana itulah, kisah pengawal peribadinya pun dijadikan modal untuk memperlekehkan Najib Abdul Razak. Kalau Allah Taala sudah menggerakkan hati penguasa Arab Saudi untuk menyediakan pengawal buat Perdana Menteri Malaysia, siapa kita untuk memperlekeh-lekehkan taqdir-Nya?

Dan pastinya, puak-puak ini kalau dibiarkan akan mempertikaikan, mengapa Asma Allah Taala itu merupakan Sifat-Sifat-Nya - bidang pengajian yang dianggap sebagai falsafah Yunani oleh Nik Abdul Aziz!!!

No comments:

Post a Comment