BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Monday 21 November 2011

10 Resolusi Yang Dibentang dan Dipersembahkan Kepada Perdana Menteri Sempena KMS1M


  1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka dengan baik supaya setiap isu dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.
  2. Mencadangkan agar sebuah Bank Informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas agar dapat disebarkan kepada semua lapisan masyarakat.
  3. Menubuhkan satu sekreteriat bagi menguruskan Bank Informasi dengan efisyen dan efektif
  4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi kerajaan dipertingkatkan bagi memberi mereka gambaran yang jelas apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mereka dapat menjelaskannya di media sosial.
  5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah media sosial 1Malaysia ke seluruh negara sebagai satu langkah untuk mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.
  6. Mendesak agar pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuh medium ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan proaktif menyalurkan maklumat, memperjelas setiap isu dan dasar kerajaan.
  7. Menyarankan agar Perdana Menteri, menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.
  8. Berikrar, akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan, menyebarkan maklumat, menjelaskan isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan.
  9. Menyeru kepada semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama serta mengetepi dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.
  10. Menggunakan media sosial secara bertanggungjawab  

No comments:

Post a Comment