BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday 26 February 2013

Pakatan Haram semakin terdesak. #BN4Selangor #BN4Sepang


Nampaknya pencacai pakatan haram semakin terdesak. Gua bila tengok sms ni terus dapatkan info dari BN Selangor dan ternyata tiada penghantaran SMS sebegini. Hantar SMS harijadi ada. Kehkehkeh.

Apa punya bingai pencacai pakatan haram ni. Keluarkan manifesto rakyat dah tak percaya. Dan mereka akan guna pelbagai helah untuk menanamkan kebencian rakyat pada kerajaan Barisan Nasional. Itu motif mereka kerana mereka telah lihat rakyat telah kembali menaruh harapan pada Barisan Nasional.

Yang hantar sms pun guna ayat bangang semacam je. Sesedap rasa guna nama BN Selangor ye. Kau tunggu surat dari lawyer sampai sebab senang-senang boleh trace siapa pemilik nombor telefon yang tertera tu. Kau ingat ni negara pasir berdengung ke? Bodoh punya pencacai.

TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Saturday 23 February 2013

ADUN bangang!!!! #BN4Selangor #BN4Sepang

.
Memang sesuai sangat lah petang tadi gua cadangkan kepada seluruh rakyat di Selangor khususnya, untuk membuang DAP terus dalam tong sampah kerana bukan saja mereka ini kotor dari serba serbi, malah mempunyai seorang ADUN yang sangat bangang.

Ada ke menghantar ucapan mengucapkan selamat hari lahir melalui sms mengganggu privasinya. Lihat berita  penuh klik disini. Kan ke bangang namanya tu. Inikah yang nak rakyat Selangor angkat untuk jadi pemimpin mereka? Sudah-sudahlah memberi pelajaran kepada Barisan Nasional. Dato Seri Najib pun telah memohon maaf bagi pihak BN atas ketelanjuran dulu.

Kini, Barisan Nasional telah berubah sepenuhnya. Berikan peluang untuk kerajaan Barisan Nasional menjadi kerajaan terbaik dalam sejarah apabila diberi mandat untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU13.

TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL.

DAP disampahkan oleh rakyat Selangor? #BN4Selangor #BN4Sepang


Sama ada bendera itu sudah lama disitu kemudian rakyat datang melonggokkan sampah ataupun sampah sudah sedia berlonggok disitu kemudian bendera DAP dipacak itu bukan perkara utama. 

Mesej yang kita boleh lihat disini ialah DAP akan ditolak oleh majoriti rakyat di Selangor dan hanya dipandang sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berguna. Benda yang tidak berguna elok saja dibuang seperti mana sampah dibuang oleh rakyat di Selangor. 

TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL.



Sunday 17 February 2013

Kerana kalimah Allah, Haron Din dimaki. #BN4Selangor #BN4Sepang


Yang memaki sudah pasti penyokong pakatan haram. Jadi, apa mau fikir lagi. Buat pilihan yang bijak untuk 

TOLAK PAKATAN. 
UNDILAH BARISAN NASIONAL 

Saturday 16 February 2013

Pengutkuasa MP Sepang marah dengan majlis penyerahan voucher BR1M?


Semalam, sewaktu majlis penyerahan BR1M sedang berlangsung di Bandar Baru Salak Tinggi, penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang sibuk menyaman kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Ini kerana masalah kekurangan petak letak kenderaan yang menyebabkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan dibahu jalan tersebut. 

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa sewaktu majlis penyerahan BR1M berlangsung mereka-mereka ini ligat 'mencari' mangsa. Adakah kerana ingin mensabotaj program ini ataupun marah dengan program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional?

Pada hari-hari biasa tidak pula kelihatan penguatkuasa ini berpusing-pusing mencari mangsa. Panglima rasa mereka ini dikerah oleh 'seseorang' yang sering saja mencari pasal mengganggu apa juga program dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang kebanyakkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh rakyat di Sepang. 

Ini berbeza dengan program anjuran pakatan haram baik kerajaan negeri sendiri yang tak ubah macam kenduri doa selamat sahaja kehadirannya. Panglima dimaklumkan sewaktu Menteri Besar Selangor turun ke Bandar Baru Salak Tinggi pada hari sebelumnya, sekitar 250 orang sahaja yang hadir dan kebanyakkannya adalah ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kampung.

Tolak Pakatan. UNDI BARISAN NASIONAL untuk PRU13.

Friday 15 February 2013

MARI TABUR JANJI...!!! SAPER NAK KUTIP...RAKYAT...????

JANJI PAKATAN RAKYAT JIKA DIBERI KUASA MEMERINTAH.

Korang baca betul2 ayat yag mereka guna kali ni... JANJI... bukan MENIFESTO... Sebab hari tu mereka dah terjerat dengan perkataan Menifesto. so sekarang mereka guna perkataan JANJI.
Bila dah kata JANJI, mereka kena tunaikan.. Jika tidak, nanti mereka akan kata pula JANJI tu BUKAN JANJI... Aku pun tak tau nak tulis perkataan apa... sebab mereka sendiri pun tak paham apa maksud JANJI..



Korang baca la sendiri... Aku selalu tulis, baca bukan setakat baca tetapi kena fikir guna akal...

Mereka berjanji lagi buat kali keberapa ntah aku dah tak terkira.. Apa yang mereka fikir ni... Janji yang dulu pun dah punah ranah hancur bederai.. Kali ni mereka tabur lagi janji...

Kenapa mereka tabur janji..????? Kenapa tak tunaikan janji yg lama dulu..??????? 

Jawapan nya senang je... Mereka ingat rakyat ni bodoh sangat.. Mereka ingat rakyat boleh hidup dengan JANJI ATAS KERTAS...

Janji mereka ni tak masuk akal betul lah... Mereka dapat selangor, kenapa mereka tak buktikan kat rakyat selangor apa yang mereka boleh buat...

Tol.. Wifi.. pendidikan percuma... Gaji minima... Imbuhan guru... Semua ni mereka buat di selangor sekarang.. KENAPA TAK BUAT..????

Rakyat dah bijak la... JANJI ATAS KERTAS TIDAK DILAYAN...



Tuesday 12 February 2013

Haron Din terus pertahan kalimah Allah. #BN4Sepang



"Saya selama-lamanya akan tetap pertahankan kalimah Allah...tidak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).

Kenyataan penuh sila baca DISINI

Saturday 9 February 2013

Negeri Berkebajikan Kepala Lutut Dia. #PRhancur #BN4Selangor #BN4Sepang

Lokasi : Dewan Kampung Sg.Merab, Sepang, Selangor.


Entah apa la motif kerajaan negeri yang sedang memerintah di Selangor ketika ini langsung tidak mengambil endah perihal dewan orang ramai dan balairaya di Selangor. 

Dari pandangan gua, motif utama kerajaan pakatan haram ni mengabaikan urusan penyelenggaraan tersebut kerana ingin menjadi jaguh dimata rakyat dan menunjukkan sekeping kertas kepada rakyat jumlah wang ringgit yang berjaya dijimatkan berbeza ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Memang diakui jumlah-jumlah tersebut sememangnya berjaya dijimatkan tetapi apa yang dipulangkan kepada rakyat? Kalau dalam dewan pun dan dimasuki air memang teruk sangat la kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim ni menjaga kebajikan rakyat. Inilah Negeri Berkebajikan yang dicanangkan oleh kerajaan Pakatan Haram. Berkebajikan kepala lutut dia. Puihhhh.

Lihat juga kerosakan lain di SINI dan di SINI.










Thursday 7 February 2013

Balai JKKK teruk tak diselenggara bukti Pakatan Haram sangat pandai mentadbir. #BN4Sepang


JKKK di Negeri Selangor dibawah siapa? 

PAKATAN HARAM 

Tapi walau macam mana pun pencacai Pakatan Haram akan tetap salahkan UMNO atas kegagalan mereka menguruskan hal remeh temeh begitu. Nak uruskan hal remeh temeh pun tak boleh bagaimana la nak terus mentadbir negeri. Ada hati nak rampas Putrajaya. Puiihhhh...

Utk PRU13, buatlah pilihan yang bijak. Jangan biarkan kesilapan 2008 berulang. Negeri yg kita cintai akan lebih teruk jadinya nanti.

Takyah cerita panjang-panjang. Biar gambar yang berbicara. 

Macam tongkang pecah

Boleh bela babi kat sini.



Macammana nak memerut ni




















Wednesday 6 February 2013

TOL FREEEE...???





Laju korang baca bila aku tulis TOL FREE... Kenapa..? teringin.. nak sangat merasa..?

ni aku nak bagi tau.. apa kata korang teruskn je impian tu walaupun si Khalid ni dh pernah janji bulan bintang matahari...


"Ini berita yang dterima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan. 

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa pengambilalihan ini akan membuka satu jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013."

ni ayat tahun lepas ni... aku saje tulis supaya korang ingat kebodohan mereka ni...

korang tengok, JANJI YG TERMAKTUB DALAM BUKU JINGGA atau lebih senang aku sebut BUKU ANGAN2 MAT JENIN..

Sekarang ni, aku tengah gelak cam tengah layan maharaja lawak mega super duper lawak.. 
meh aku bagi fakta sikit supaya korang paham dan join aku gelak..

1. Sebenarnya mereka janji nak buat bulan Januari 2013.. arini berapa haribulan...?
2. Mereka nak bayar syarikat konsesi tol pakai duit apa... PKNS..? yayasan selangor..? naikkan yuran PASTI..? 
3. Kes saman tengah melambak ni weihhhh... baru lepas setel ibu tunggal...kes air free lagi.. nak bukak lubang tutup lubang ka...?  
4. Kenapa 2013..? Nak meraih undi...? halamakkk... mana penasihat yg mereka rujuk nie.. nak tarik hati rakyat bukan sekarang.. dah terlambat sangat dah.. mereka umum pun slow tahap siput oink oink apa lagi nak laksanakan.. 

jadi aku nasihatkn sebelum korang terbuai buai dengan rancangan bangang mereka ni, baik korang undi BN je.. PASAL APA..? larrr...takan aku nak explain menda dh nyata depan mata... semalam beratur amik BR1M tu amenda nya... pegi daftar anak amek lesen BL1M tu apa citer.. shoping bebakul bakul kat Kedai Rakyat 1Malaysia  tu lagi... sakit demam gi Klinik 1Malaysia jugak.. 

korang bandingkan sendiri.. kerajaan tunaikan apa yg dijanjikan.. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. 

pendek kata, korang tak buleh nafikan keperluan hidup korang ni bergantung dengan BN... usah la nak menunggu janji PR yang ntah bila mereka dpat tunaikn tu.. korang nikmati jelah apa yg ada sekarang..

tak susah kan...??????

wwooohhhhoooooo..... 

KUIL PULAK... DI MANA RASA HORMAT PADA AGAMA LAIN...






MASIH LAGI TIDAK MENEPATI JANJI.. DAN YANG PALING TERUK, TAK HORMAT AGAMA LAIN... 

Pakatan Rakyat ketika berkempen dalam PRU12, berjanji tidak akan sama sekali memusnahkan mana-mana tempat ibadat. 
  • 20 November lalu, Penguatkuasa MPS menceroboh rumah S. Gobi Kumar dan memecahkan kuil kecil yang elok terletak di penjuru porch rumah berkenaan. 
  • Kuil Hindu di tanah kerajaan pun kena roboh... Ini dalam kawasan rumah pun mereka kacau..
  • EXCO Selangor Xavier Jeyakumar berkata TINDAKAN PENGUATKUASA TERSEBUT TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG. 
  • C. Sivaraajh, Setiusaha Pemuda MIC Selangor mendesak Xavier memohon maaf kepada penganut Hindu.. 
Nak bagi senang baca dan tersimpan dalam fikiran, aku tulis dlm point. 

Sewaktu pemerintahan UMNO-BN, kuil hindu banyak dibina kerana UMNO-BN bertolak ansur dan tidak mempelekehkan mana-mana agama.

Tapi sekarang, Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.. Nama nya je pakatan rakyat untuk rakyat. Tapi sebenarnya pakatan ni untuk mereka sendiri je..

Makin hari makin jelas depan mata masalah-masalah yang mereka timbulkan yang semuanya HANYA MENYUSAHKAN RAKYAT. MEMIJAK RAKYAT. MENAFIKAN HAK RAKYAT..!!!!

Mereka sewenang-wenangnya menafikan undang-undang.. mereka dengan berani dan lantang menafikan hak agama lain.. Kata nya tanak musnahkan mana-mana tempat ibadah tak kira la bangsa apa pun.. Yang ni apa...?? Kuil bukan tempat ibadat ka....

SAMPAI BILA...?? SAMPAI BILA KITA IZINKAN  SEMUA INI BERLAKU..
 Tepuk dada buka fikiran..


Bukti bergambar Pakatan Haram tak pandai memerintah di Selangor.



Inilah bukti betapa bagusnya kerajaan yg memerintah Selangor ketika ini. Pintu cermin pecah, banner jadi ganti sebagai langkah berjimat cermat. Puiiihhhhhhh. 

Hari ni gua malas nak tulis banyak. Nak bagi lu orang semua tengok gambar yg sempat gua rakam dengan handphone '3310' gua semalam. Bateri camera gua abis. Jadi menggunakan '3310' gua yang dah lebih 8 tahun ni gua rakam jugak la gambar. Kebetulan gua turun Dengkil semalam nak melihat kemeriahan rakyat menerima janji yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dengan pemberian BR1M 2.0.













Bagi gua simple je.. Nak jaga bangunan untuk kemudahan orang ramai pun Pakatan Haram ni tak mampu, bagaimana la mereka nak mentadbir keseluruhan negeri. Mereka berjimat cermat kononya, tapi negeri jadi hancur lebur. Katakan tidak pada Pakatan Rakyat. Mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan membahayakan keselamatan kita semua. Kenapa gua kata bahaya. Lu orang tengok gambar dibawah ini.


Tuesday 5 February 2013

Hancur Selangor dipenuhi maksiat. Salon pun dah jadi sarang pelacur.

Gambar Hiasan


Pelacur terus dijadikan daya penarik. Kalau dulu operasinya tertumpu dirumah urut, KINI.. salon rambut pula jadi tarikan utama. Masalahnya kenapa di Selangor begitu aktif kegiatan persundalan ini???!

Mungkin Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor Ostat Khalid dapat menjawabnya. Mungkin juga salah satu strategi yg diatur oleh Kak Eli selaku Exco Pelancongan Negeri Selangor? 

Gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin berleluasa yang disalahkan akhirnya Barisan Nasional jugak. Puihhhhh. Bodoh punya pencacai Pakatan Haram.




Monday 4 February 2013

ANTARA AIR DAN DIA.. KENA LAGI... DAN LAGI..DAN LAGI...




JOM BACA... NAK TAU KENA RAJIN MEMBACA.. 

SHAH ALAM, 4 Feb - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman difailkan 711 pengguna air negeri itu tahun lalu seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Admund Bon yang mewakili kerajaan negeri dan Abdul Khalid, manakala Syabas diwakili oleh Mark Law.

Pengguna air pula diwakili oleh peguam, Walter Parrera, T.Gettha dan Azyan Alia Yusof daripada Kamarudin & Partner.

Beliau menolak permohonan kesemua defenden tersebut dengan kos.

Kesemua 711 pengguna air Selangor adalah kumpulan pertama yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu terhadap ketiga-tiga pihak terbabit kerana gagal membekalkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.

Dalam penghakiman itu, rakyat Selangor mempunyai asas kukuh untuk mengheret kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor dan Syabas ke mahkamah berdasarkan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menekankan plaintif yang mengambil tindakan undang-undang adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan ketiga-tiga defendan gagal bertindak selaras dengan nilai-nilai seperti yang dijanjikan.

Mereka memfailkan saman itu pada September lalu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor.

p/s === Alahaiii... kan dah kata... menifesto itu janji... sekarang kan dah kena... haaa... nak spin apa lagi...???

BUKAK MATA BESO2...!!! HOTTZZZZ...





SELANGOR...

SAMAN IBU TUNGGAL KE ATAS KERAJAAN SELANGOR === MENANG..!!!
ISU AIR RAKYAT SELANGOR ====== MENANG JUGAK..!!!

Lepas ni, kita sarankn saman lagi..kali ni, isu WANG UNTUK KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH yg mereka janji nk bagi RM 80 seorang... Kerajaan bagi BR1M RM500 dah 2 tahun laaa...takan nk hulur 80 hengget pun nk amik masa 4 tahun...aduuhhhh...bikin malu la...

Dan kita sambung lagi... ISU PELAJAR IPTA ANAK SELANGOR YG MEREKA JANJI NAK BAGI RM1000.. MANA BAI..??? Ramai anak selangor bijak pandai masuk IPTA... Apsal..??? Mesti mereka x sangka kan...??? tu laaa... masa janji dulu, mereka ingat anak selangor ni bebal2 belaka... rupanyer lagi pandai dari mereka yg gagal memerintah selangor ni..haaa...garu kepala..mana nk cekau duit lagi nak bayar niii...

Haaaa..... NAMPAK...??? CLEAR ...???? TAK CLEAR LAGI...????

Kat Penang nuuu... JANJI NAK HAPUS TOLLL..!!!  BILA...??? Elok je aku tengok tiang TOL kat jambatan Penang tu... Tol mana yg dorang tutup tu...????

KELATE PULOKKKK WEEEIIIII...!!!! comei2 belakoooo..!!!
Jangan ingat yg comei2 belako tu tak reti nak failkn saman... Silap2, tggal spender je tok guru tu nk setelkn saman... berbakul bakul janji 23 tahun memerintah... aku sebut lagi sekali... 23 TAHUN...!!!! kebajikan sungguhhhh..!!!!

KASI CELIK SIKIT LA... Lagi nak terpikir pikir nak pangkah mana...?????
Ni baru sikit aku sentuh ni... nak sentuh semua, smpai pilihanraya pun tak abes menaip lagi...

tapi jangan risau... Aku tetap akan menaip lagi isu2 mereka ni.... DEDAH...!!! BONGKAR...!!! HERET...!!!! KASI MEREKA PANAZZZZ....!!!!

NAMA JE "PAKATAN RAKYAT".... Rakyat jelata semua jangan perasan... mereka bukan berpakat untuk korang pun.. dorang je yg berpakat sesama sndiri..demi kesejahteraan sendiri...

Masih terpikir pikir terkira kira tertimbang timbang nak undi mana...???? kalau YA, memang korang baca dengan mata bukan akal... 

Takper.. aku tak marah... lepas ni aku bukak lagi mata dan akal korang...

woohhhhooo....  


Sunday 3 February 2013

Ahli Parlimen Kuala Langat main bangsat?


Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor. 

Teruskan bacaan (KLIK SINI...)

Saturday 2 February 2013

7 fakta pemimpin PAS tinggalkan parti.






FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM

Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik

FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.


Lagi 5 fakta korang pegi baca kat SINI.

Pakatan Haram hina Hamas


 
 
Kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya mengambil risiko besar dengan melawat Semenanjung Gaza, Palestin minggu lalu sehingga kini masih dipertikaikan dan diperlekehkan oleh pakatan pembangkang.

Dalam lawatan itu, PM dan rombongan termasuklah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur serta Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin telah meluangkan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kesan keganasan oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Di masa yang sama PM juga mengikrarkan kesediaan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam usaha meneruskan penyatuan Hamas dan Fatah demi kebaikan Palestin itu sendiri, disamping meneruskan bantuan kemanusiaan.

Nyata sekali keprihatinan PM tidak disenangi oleh juak-juak bawahan mahupun pucuk pimpinan PR, masing-masing cuba memberi perspesktif negatif sekalipun menyedari saat ini rakyat Palestin khususnya di Gaza terlalu mendambakan sokongan umat Islam untuk terus cekal menghadapi kezaliman Israel.

Tidak terkecuali sebuah blog pro PR yang sering menimbulkan isu kontroversi iaitu suarapakatanrakyat.com turut sama mengulasnya secara negatif semata-mata untuk meremehkan lawatan bersejarah pemimpin utama negara ke Palestin.

Blog itu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan cukup mengagumi karisma kepimpinan Ketua Umum PKR itu, dalam salah satu artikelnya tanpa berselindung menyifatkan lawatan Najib ke Gaza adalah satu tindakan yang memalukan negara.

Dikaitkannya kejatuhan sementara pasaran BSKL kononnya berpunca dari lawatan tersebut sekalipun hakikatnya kejatuhan tersebut hanyalah proses biasa pasaran saham yang ada tikanya naik dan turun. Tapi disebabkan busuk hati punya pasal maka dijadikanlah lawatan PM sebagai penyebabnya.

Lebih menjelikkan lagi bila mana blog tersebut juga mempertikaikan usaha Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk menyatukan Hamas dan Fatah sebagai usaha yang sia-sia dan tidak layak pun dilaksanakan oleh Dato' Seri Najib.

Mungkin blog itu tidak mengetahui sejarah penglibatan negara ini dalam pelbagai urusan antarabangsa yang terbukti keberkesanannya termasuklah yang terbaru mencipta sejarah penting dalam membantu menyelesaikan konflik di Filipina membabitkan MILF dengan Kerajaan Filipina.

Selain itu, tindakan penulis blog suarapakatanrakyat melabelkan Hamas sebagai pihak pengganas malah mencela tindakan Dato' Seri Najib menerima penghormatan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Al-Aqsa, Gaza yang digelarnya sebagai universiti yang membiakkan aktiviti keganasan.

Hamas yang istiqamah berjuang melawan kezaliman Israel demi memerdekakan tanahair Palestin digelar pengganas dan Universiti yang menjadi tempat anak-anak Palestin menimba ilmu demi membangunkan negara dipanggil universiti pengganas.

Ini jelas satu penghinaan bukan sahaja terhadap Hamas yang telah sekian banyak menabur jasa menentang kekejaman Israel malah menghina seluruh rakyat Palestin.

Tapi bila difikirkan semula, sebenarnya tiada apa mahu dihairankan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh blog itu. Pendirian yang dinukilkan itu jelas seiring dengan ikrar yang dilafazkan oleh idolanya, Anwar Ibrahim yang pernah berjanji untuk menjaga dan mempertahankan keselamatan negara Israel. Bapak borek anak rintik.