BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Sunday 7 April 2013

KRISIS AIR : SATU PENJELASAN #UndiBN #BN4Selangor #BN4Sepang



1. Apa yang dimaksudkan krisis bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Jumlah permintaan bekalan air `terawat’ meningkat dan melebihi jumlah kapasiti pengeluarannya.
Kadar rizab (simpanan) air yang lazimnya digunakan sewaktu permintaan air di tahap puncak `peak
demand’ berada di paras kurang daripada 3% keseluruhan permintaan. Tahap rizab simpanan yang sewajarnya ialah 20%.
Pengguna akan mengalami gangguan bekalan air kerana faktor di atas.

2. Apakah punca yang menyebabkan krisis ini berlaku?

Sumber air mentah

o Loji Rawatan Air (LRA) mendapat bekalan air dari sungai, air dari kawasan tadahan dan empangan.
o Panas yang berpanjangan menyebabkan sumber air dari punca ini berkurangan.
o Jika air dari empangan disalurkan ke sungai atau terus ke LRA paras
air di empangan akan berkurangan.
o Pencemaran sungai dan air dari kawasan tadahan juga menyebabkan sumber air mentah berkurangan.

Bekalan air terawat – tidak dapat menampung permintaan disebabkan faktor berikut:

o Kapasiti LRA tidak dapat ditingkatkan kerana ia direkabentuk dan dibina untuk menampung keperluan semasa (ketika masa diperlukan).
o Sebahagian LRA dibina khusus untuk menampung keperluan di sesuatu tempat dan tiada sistem yang menghubungkan antara LRA yang boleh menyalurkan air dari satu LRA ke LRA yang lain sekiranya sesebuah LRA terganggu operasinya.
o Adanya peningkatan penggunaan air yang berlebihan pada waktuwaktu tertentu seperti pada musim panas.


Tahap penggunaan air oleh pengguna

o Sikap pengguna menggunakan air terawat secara berlebihan seperti membasuh kereta, menyiram pokok
atau membasuh pakaian.

Sikap Kerajaan Negeri Selangor yang enggan bekerjasama

o Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan-cadangan daripada SYABAS dalam isu urusan air di dalam negeri.
o Kerajaan Negeri Selangor enggan memberi kelulusan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA
Langat 2) yang bertujuan untuk menyelesaikan krisis kekurangan air terawat yang dijangka akan berlaku pada tahun 2014.
o Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa air di empangan penuh maka tidak wujud krisis kekurangan air ;merupakan suatu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat Negeri Selangor.
o Tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang cuba mengkritik SYABAS dan cuba beralih tumpuan kepada
pembelian SYABAS adalah satu permainan politik yang tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan
air rawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

3. Apakah kesan adanya krisis bekalan air ini?

Kesukaran bekalan air terawat yang mencukupi di kalangan rakyat.
Gangguan yang kritikal bekalan air terawat di premis-premis yang dikatogerikan Essential Services seperti hospital, pili-pili bomba, RTM, Telekom, Tenaga Nasional.
Gangguan di premis-premis perniagaan kedai-kedai.
Gangguan di premis-premis perniagaan dan industri seperti hotel-hotel, gedunggedung perniagaan dan kilang-kilang.
Gangguan di kawasan yang sering mengalami tekanan air rendah seperti kawasan tinggi seperti rumah-rumah pangsa.
Gangguan yang kritikal di kawasankawasan pembangunan dan projekprojek pembangunan seperti
di kawasan projek perumahan baru, kawasan perindustrian baru, kompleks perniagaan baru, kilang-kilang boleh menyebabkan penangguhan atau pembatalan projek-projek tersebut yang akan member kesan besar
kepada pertumbuhan ekonomi.
Sehingga kini, 217 projek pembangunan ditangguhkan berikutan permintaan untuk membekalkan
175.58 Juta Liter Sehari (JLH) air terawat tidak mendapat jaminan dapat dibekalkan oleh SYABAS.

4. Berapakah jumlah permintaan air terawat oleh pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan
tahap kemampuan pengeluaran oleh LRA?

Jumlah permintaan air terawat telah mencapai 4,324 Juta Liter Sehari (JLH).
Tahap permintaan air terawat dianggarkan meningkat 3.5% setahun.
Keupayaan maksima pengeluaran air terawat dari 34 LRA di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah 4,371 JLH. Keupayaan ini mengambil kira beberapa LRA yang beroperasi melebihi keupayaannya dan ditambah oleh pengeluaran 45 JLH oleh LRA Sungai Labu di bawah Kerajaan Persekutuan.
Angka di atas menunjukan simpanan air terawat hanya tinggal 47 JLH iaitu 1.06%

5. Siapakah pihak-pihak yang bertanggung jawab dalam hal menyediakan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Siapakah yang bertanggung jawab mempastikan bekalan air dan sumber air mentah mencukupi?

o Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah bertanggungjawab
memastikan sumber air mentah dari sungai-sungai, empangan dan kawasan tadahan mencukupi.

o LUAS bertanggungjawab memastikan sumber air mentah sentiasa wujud, tidak tercemar dan sentiasa terpelihara.

Siapakah yang bertanggungjawab mempastikan kapasiti air terawat mencukupi?

o Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab sepenuhnya melalui agensi pelaksana iaitu syarikat atau operator melalui perjanjian konsesi.
o Syarikat yang memegang konsesi rawatan air ialah:
i. Puncak Niaga (M) Sdn.Bhd. yang
mengurus 29 LRA - kapasiti maksima 2,051 JLH.
ii. Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn.Bhd. (SPLASH) yang mengurus 3 LRA - kapasiti maksima 1,610 JLH.
iii. Consortium ABBAS Sdn. Bhd.(ABBAS) yang mengurus 1 LRA - kapasiti maksima 665 JLH.
iv. Consortium Air Selangor Berhad (KASB) yang mengurus 1 LRA - kapasiti maksima 45 JLH.


Siapakah yang bertanggung jawab membuat pengagihan bekalan air terawat kepada pengguna?

o Kerajaan Negeri Selangor bertanggung jawab sepenuhnya melalui perjanjian konsesi dengan syarikat operator yang dilantik iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).
o Jumlah (kapasiti) dan kualiti air terawat yang diedarkan oleh SYABAS adalah bergantung kepada 4 LRA pembekal iaitu:
i. Puncah Niaga (M) Sdn.Bhd.
ii. Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn.Bhd. (SPLASH)
iii. Consortium ABBAS Sdn.Bhd. (ABBAS).
iv. Consortium Air Selangor Berhad. (KASB).
o SYABAS bagaimana pun berhadapan dengan masalah ketirisan disebabkan SYABAS menggunakan kemudahan perpaipan yang telah disediakan dan diwarisi dari Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) dan
Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) yang sebahagian besarnya telah rosak dan uzur semasa SYABAS mula mengambil alih insustri pembekalan air pada tahun 2005.

Siapakah yang bertanggung jawab menyediakan perancangan dan pelan tindakan pembangunan kemudahan bagi mempastikan kapasiti bekalan air terawat sentiasa mencukupi?

o Kerajaan Negeri Selangor bertanggung jawab sepenuhnya.
o Kerajaan Negeri Selangor boleh meminta Kerajaan Persekutuan membangunkan LRA baru yang
diperlukan sebagai contoh LRA Langat 2.
o Selaras dengan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Kerajaan Persekutuan akan
melaksanakan pembangunan fizikal dan pembiayaan penyediaan kemudahan LRA melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

6. Apakah tindakan yang telah diambil oleh SYABAS dalam menangani krisis bekalan air terawat?

Langkah segera dan jangka pendek

o Mengaktifkan pelan tindakan kecemasan melalui langkah menghantar bekalan air terawat dengan menggunakan lori tangki, tangki statik, jerry can dan pemberian air berbotol ke kawasan-kawasan yang menghadapi krisis
o Syabas mengawal agihan air terawat agar premis-premis yang dikategorikan sebagai essential services mendapat bekalan air terawat.
o Memberi notis kepada pihak berkuasa negeri
o Memantau dan mengenal pasti sebarang kebocoran paip yang pecah.

Langkah jangka sederhana

o Mengadakan kempen kesedaran pengguna kaedah penggunaan air dan penjimatan air oleh rakyat.
o Mohon Kerajaan menguatkuasakan peraturan menamatkan amalan pembaziran air seperti menguatkuasakan undang-undang no hose pipe rules.
o Melaksanakan program mitigasi krisis bekalan air untuk menampung permintaan bekalan air dalam
tempoh masa yang singkat.
o Kerajaan pusat telah bersetuju meluluskan peruntukkan RM 606 juta untuk melaksanakan 8 projek mitigasi bagi mengelakkan krisis bekalan air pada 2014.
o Daripada jumlah tersebut Kerajaan Selangor bersetuju untuk melaksanakan lima projek bernilai 301 juta. Ini menunjukkan Kerajaan Selangor mengakui bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

Langkah jangka panjang

o Memohon Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat melaksanakan pembinaan LRA Langat 2 yang akan menerima bekalan air mentah daripada Pahang melalui skim pemindahan air mentah Pahang – Selangor (Pahang-Selangor Interstate Raw Water Transfer)
o Memohon Kerajaan melaksanakan program menaiktaraf kapasiti LRA yang sedia ada.

7. Apakah pelbagai dakwaan oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mengenai masalah kekurangan air
benar?

Menteri Besar mendakwa kadar kehilangan air terawat atau air tanpa hasil (NRW) masih tinggi yang menjadi punca krisis air disebabkan SYABAS tidak cekap dan gagal mengurus, adakah dakwaan ini benar?

o Ada dua bentuk kehilangan air terawat atau NRW:
i. Kehilangan fizikal iaitu kehilangan air terawat yang diterima dari operator LRA sebelum sampai kepada pengguna disebabkan kebocoran sistem perpaipan yang telah lama dan usang.
ii. Kehilangan kormersil dikaitkan dengan kerugian yang ditanggung oleh SYABAS disebabkan penggunaan yang tidak dapat dicaj kerana kecurian air atau penggunaan air secara tidak sah oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab dan adanya ketidaktepatan bacaan meter penggunaan.
o Usaha untuk menurunkan kadar NRW memerlukan pelaburan dari segi tenaga, masa dan kewangan yang besar kerana ia melibatkan penggantian sebahagian besar system perpaipan yang ada.
o Usaha SYABAS untuk mengurangkan kadar NRW yang meliputi penggantian sistem perpaipan usang telah terhalang oleh tindakan Kerajaan Negeri (melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara - SPAN) mengarahkan SYABAS membekukan perlaksanaan projek-projek CAPEX (perbelanjaan modal).

Menteri Besar mendakwa SYABAS gagal mengurus operasi LRA sedangkan sumber air mencukupi,
adakah dakwaan ini benar?

o Menteri Besar hanya melihat dari sudut jumlah fizikal sumber air mentah yang dilihat dari mata kasar seperti air sungai, air tasik, air tasik lombong, air empangan tanpa melihat dari suduk kualiti air samada memenuhi tahap piawaian untuk dirawat, bebas dari pencemaran.


o Keperluan pengguna ialah keperluan untuk mendapat bekalan air terawat yang berada di tahap kritikal
disebabkan permintaan yang tinggi berbanding dari jumlah kapasiti air terawat yang mampu disediakan oleh LRA yang ada.

Menteri Besar menyatakan masalah bekalan air berpunca dari tidak adanya interconnection dalam sistem
perpaipan agihan, adakah ini benar?

o Benar. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membina LRA Langat 2 kerana kos untuk menghubungkan loji-loji sedia ada jauh lebih tinggi daripada kos pembinaan LRA Langat 2.

Kerajaan Negeri mendakwa Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana LRA Langat 2 akan menyelesaikan masalah kekurangan air, benarkah dakwaan ini?

o Kerajaan Pusat telah memaklumkan Kerajaan Negeri mengenai akan wujudnya krisis air pada 2014 sejak
tahun 2008 lagi. SYABAS sendiri telah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri secara bertulis sebanyak 48 kali sejak 2008 mengenai krisis air 2014. Kerajaan Negeri sendiri mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS yang sepatutnya memaklumkan atau melaporkan semua keputusan mesyuarat berkaitan dengan kiris air.
o Kerajaan Negeri terus berdegil dan mempertahankan dakwaannya bahawa bekalan air Selangor mencukupi sehingga 2019.

Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa Kerajaan Pusat dan SYABAS bertanggung jawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan LRA kerana LRA yang ada dipajakkan kepada Kerajaan Pusat dan SYABAS, benarkah dakwaan ini?

o Tidak benar kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memajak LRA kepada Kerajaan Pusat dan
Syabas.
o Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberikuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau `water supply availability’ di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
o Manakala tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai operator pengagihan air
di negeri Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekala air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau `water supply availability’. SYABAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Benarkan seperti dakwaan Kerajaan Negeri Selangor bahawa tindakan membina LRA Langat 2 adalah
tindakan terdesak Kerajaan Pusat untuk memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak yang membawa
keuntungan berlipat ganda?

o Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek LRA Langat 2 secara tender terbuka.
o Semua syarikat yang berkelayakan termasuk anak-anak syarikat Negeri Selangor boleh menyertai tender ini.

Adakah benar dakwaan bahawa Kerajaan Pusat tidak meluluskan cadangan Kerajaan Negeri Selangor
untuk mengambil alih pengurusan SYABAS?

o Tidak benar. Syabas adalah anak syarikat milik Puncak Niaga sebarang pengambilalihan operasi SYABAS oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah terletak di bawah kelulusan Puncak Niaga selaku pemilik Syabas.
o Selain daripada itu,terdapat tuntutan pampasan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan tarif air di Negeri Selangor sejak 2009.
o Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor telah didapati telah melakukan keingkaran untuk memenuhi perjanjian konsesi berdasarkan klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Benarkah dakwaan Kerajaan Negeri Selangor bahawa kos pembinaan LRA Langat 2 bernilai RM 8.65 bilion?

o Kenyataan bahawa kos pembinaan LRA Langat 2 ialah RM 8.65 bilion adalah tuduhan tidak benar dan
berbaur politik.
o Anggaran kos pelaksanaan LRA Langat 2 ialah RM 4 bilion.Ini meliputi kos pembinaan:
i. Loji Rawatan Air Langat 2.
ii. Pembinaan Kolam-kolam Air (Reservoir) di Bukit Enggang Hulu Langat, Sg. Besi, Bukit Jalil, Petaling, Ampang, AU3.
iii. Pembinaan Sistem Paip Agihan untuk membolehkan bekalan air dari LRA Langat 2 disalurkan kepada pengguna.

8. Apakah status terkini perlaksanaan Projek LRA Langat 2?

Fasa Pertama akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 23 pakej termasuk pembinaan loji rawatan
air di Langat, Selangor. Penyiapan projek Fasa Pertama ini mampu membekalkan air terawat 1,130 JLH.
sehingga 30/9/2012 kemajuan keseluruhan projek adalah 28.39% berbanding jadual sebenar 66.34%, atau telah lewat 589 hari dari tempoh yang dijadualkan.
Tender LRA Langat 2 bagi pakej 2A telah dikeluarkan pada 4/9/2012 dan akan ditutup pada 7/12/2012. Semua syarikat yang berminat termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor boleh menyertai tender ini. Kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada pertengahan 2013.
Kerajaan Persekutuan amat perihatin akan masalah ketidakcukupan bekalan air terawat yang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Oleh itu Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk meneruskan perlaksanaan projek LRA Langat 2 meskipun sehingga hari ini YAB Menteri Besar Selangor mengarahkan PBT berkaitan untuk tidak mengeluarkan arahan pembangunan (DO) bagi pembinaan loji berkenaan.

9. Bagaimana pula saranan penggunaan teknologi membran sebagai satu alternatif untuk meningkatkan bekalan air terawat?

Kaedah membran adalah satu teknologi moden untuk merawat air bagaimana pun ia tidak dibuktikan boleh menghasilkan air terawat dalam skala besar untuk memenuhi keperluan yang tinggi.

Penggunaan teknologi membran ini melibatkan kos yang tinggi kerana ia melibatkan kerja-kerja menaiktaraf loji-loji yang sedia ada. RM 90 juta diperlukan untuk pembinaan sistem rawatan, kerja-kerja menaiktaraf pam dianggarkan RM 2 juta, menaiktaraf sistem paip RM 3 juta. Kos ini tidak termasuk kos operasi, kos pengurusan, kos tenaga, stesen, OPEX dan kos-kos lain.

Kajian awal menunjukan kos untuk menggunakan kaedah teknologi membran bagi tujuan menyediakan
air terawat yang mampu memenuhi keperluan penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya sebagaimana unjuran pakar mendapati ianya lebih besar dari kos membina LRA Langat 2.




No comments:

Post a Comment