BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Wednesday 3 April 2013

Tahniah!!! YAB Dato Seri @NajibRazak cemerlang mentadbir negara. #BNBagus #BN4Malaysia #BN4Selangor #BN4Sepang #Najib4PM


Umum mengetahui bahawa dalam keadaan ekonomi dunia sedang mengalami kemelutnya, Malaysia terus kukuh untuk berkembang di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini satu pencapaian yang harus dibanggakan. Disamping itu juga banyak transformasi mengutamakan kebajikan rakyat yang diperkenalkan oleh beliau seperti BR1M, BB1M, BL1M dan pelbagai lagi bantuan untuk kesejahteraan rakyat di Malaysia.

Tidak ada sebab untuk rakyat Malaysia menidakkan keupayaan beliau dalam menerajui Malaysia kerana sejak 3 April 2009 hingga kini banyak cerita kejayaan oleh beliau. Antara 100 kejayaan beliau boleh di baca disini. (klik sini)

Prestasi memberangsangkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dalam bidang ekonomi di Malaysia boleh dilihat dalam gambar dibawah. (klik gambar untuk besarkan)


Seharusnya rakyat bijak dalam membuat antara keputusan penting dalam hidup mereka. Pastikan Barisan Nasional terus dipilih untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRU13 baik untuk Kerajaan Pusat mahupun seluruh Kerajaan Negeri. Usaha untuk menjadikan Malaysia maju dan berpendapatan tinggi perlu dilaksanakan oleh kerajaan sama berbanding hanya angan-angan oleh Pakatan Haram yang boleh dilihat cara mereka mentadbir beberapa buah negeri di Malaysia.

TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL.

No comments:

Post a Comment