BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday 28 February 2012

Akibat banyak sampah memudahkan orang beromen ditempat awam di Selangor?


Tengok gambar diatas tu betul-betul. Jangan rasa terangsang pula kerana bukan itu yang aku nak korang semua tengok sebenarnya. Aku suruh korang perati gambar sampah sarap yang berterabur tu.

Inilah dia keadaan Selangor pada hari ini. Berterabur dengan sampah sarap disana sini. Belum campur lagi dengan rumput yang tidak berpotong walhal kontrak baru bagi kerja pembersihan kawasan telah dilantik bermula 1 Februari 2012 untuk tempoh 2 tahun. Tapi hingga hari ini, masih ada kawasan yang tidak diselenggara dengan baik.

Apekejadah semua ni? Kalau dulu disalahkan bawah pentadbiran lama sedangkan Pakatan Haram ni dah memerintah di Selangor sejak 2008. Kini apa pula alasan mereka?

Terbaru, lantikan kontraktor bagi kutipan sampah telah dilantik. Nampak gayanya pihak Pakatan Haram ni mungkin akan terus menyalahkan UMNO kerana dipercayai kontraktor2 yg baru dilantik ini turut bermasalah kerana sebahagian besarnya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk menjalankan kerja. Difahamkan kontraktor lama yang mempunyai berpuluh lori sampah tidak mahu bekerjasama kerana harga yang ditawarkan kini jauh lebih rendah berbanding dahulu.

Inilah dia kebijaksanaan kerajaan Pakatan Haram. Nak berjimat cermat konon dalam menjalankan urusan penyelenggaraan di Selangor. Hasil hampas. Bak kata pepatah Inggeris " YOU PAY PEANUTS YOU GET MONKEYS". Semoga semua rakyat yang membayar cukai & menerima perkhidmatan dari PBT telah buka mata dan sedar betapa lemahnya kerajaan Selangor yang ada kini.

Satu perubahan perlu dilakukan untuk kita mengubah kembali kerajaan kepada yang benar-benar layak mentadbir sebuah negeri. Bukannya dibawah Pakatan Haram dengan Penasihat Ekonomi yang bernilai RM1 tetapi yang layak ialah dibawah kerajaan Barisan Nasional yang telah lebih 50 tahun menjadikan bukan sahaja Selangor malah Malaysia disegani di mata dunia. Jangan perjudikan nasib Selangor sekali lagi. Pilihan ditangan anda.

Sayangi Selangor Yakini BN.

No comments:

Post a Comment