BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saturday 6 April 2013

KONTROVERSI TALAM CORPORATION BHD DAN PENGLIBATAN KERAJAAN SELANGOR #BN4Selangor #BN4Sepang





1. Apakah isu sebenar di dalam kontroversi Talam Corporation Berhad?

 Talam Corporation Berhad (Talam) merupakan sebuah syarikat pemaju yang berhutang kepada Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 392 juta yang ditanggung oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebanyak RM 22 juta, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) sebanyak RM 115 juta dan Universiti Selangor (UNISEL) sebanyak RM 255 juta.

2. Bagaimana isu Talam mula tercetus?

Kontroversi isu Talam berlaku apabila Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong
mendakwa Kerajaan Negeri Selangor menggunakan wang rakyat sebanyak RM 1 billion untuk menyelesaikan hutang syarikat tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor dan cuba menyelamatkan Syarikat Talam.
Kerajaan Negeri Selangor didakwa membeli 13 bidang tanah dari Syarikat Talam yang berjumlah RM 676 juta yang dikatakan terlebih bayar di antara RM 106 juta hingga RM 160 juta, dalam proses “penstrukturan hutang” Syarikat Talam kepada Kerajaan Negeri Selangor


3. Di mana bermulanya isu kontroversi Talam ini?

Kontroversi utama yang berkisar dalam isu Talam berlaku apabila Kerajaan Negeri Selangor dikatakan meluluskan bajet tambahan di Dewan Undangan Negeri sebanyak RM 392 juta pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelesaikan masalah hutang Syarikat Talam kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam urusan penyelesaian hutang Syarikat Talam kepada Kerajaan Negeri Selangor, tanah milik Syarikat Talam dikatakan telah dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan ini menimbulkan kontroversi penyelewengan wang awam Kerajaan.


4. Apakah bidang tanah yang dijual oleh syarikat Talam kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menimbulkan keraguan?

Terdapat 2 plot tanah yang menimbulkan keraguan seperti berikut:-

o Tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli
Kerajaan negeri dengan harga RM 80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM 181 juta sebagai pelan ‘menyelamat’ syarikat itu yang berhutang RM 392 juta dengan anak-anak syarikat milik Kerajaan
negeri.
o Sedangkan mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd.
kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM 139 juta atau
RM 60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan atau komplikasi.


o Persoalan yang timbul ialah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM 42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan serta masih digadai kepada institusi kewangan?




Satu lagi bidang tanah yang dikatakan bermasalah adalah di Danau Putra, Sepang seluas 134.4 ekar yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan salah satu plot tanah tersebut dibeli pada harga RM 15 sekaki persegi pada 12 Mac 2010 dengan jumlah kos RM 43.3 juta, dan tanah tersebut berada di bawah air. Plot tanah tersebut dianggarkan memerlukan kos tambahan RM 50 juta sebelum ia boleh dibangunkan.
Plot tanah tersebut dikatakan cuma bernilai RM 5.20 sekaki persegi dan Kerajaan Negeri Selangor telah membayar RM 15 sekaki persegi atau terlebih bayar sebanyak RM 28 juta.




5. Adakah Kerajaan Selangor telus dalam isu ini?

Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor gagal menjelaskan persoalan yang ditimbulkan. Menteri Besar Selangor, cuma mengatakan akan mengeluarkan laporan kertas putih dan setakat ini tiada sebarang penjelasan rasmi.
Cuma Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Phua sahaja bertindak mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.


TOLAK PAKATAN RAKYAT. UNDILAH BARISAN NASIONAL.


No comments:

Post a Comment