BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday 3 January 2012

Tolong lakukan sesuatu dengan segera. Selangor bergelumang SAMPAH.

Hari ini gua sedang gua menjalankan kewajipan gua di sekitar negeri Selangor yang gua cintai. Tiba-tiba mata gua terlihat satu pemandangan yang sangat menjelekkan dan sungguh mendukacitakan gua sebagai warga Selangor dan sebagai salah seorang pembayar cukai untuk Kerajaan Negeri Selangor.

Gua tak pasti kenapa perkara ini berlaku. Yang gua tau keadaan ini terjadi apabila perkhidmatan Alam Flora di Selangor tiada lagi. Sama ada diberhentikan atau menerima desakan untuk berhenti itu gua akan siasat. Apa yang pasti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor pada ketika ini dibawah bos mereka si Khalid Ibrahim telah GAGAL melaksanakan tanggunggjawab mereka sehingga sanggup membiarkan Selangor bergelumang dengan sampah.

Kalau perihal sampah pun dah gagal, bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih mustahak. Sebagai rakyat Selangor yang membayar cukai, gua rasa teraniaya dan tertipu dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan malu rasanya melihat negeri yang gua cintai berada dalam keadaan begini (lihat gambar yang gua sertakan).

     

    

1 comment:

  1. Tak dapek den nak nolong eeeeee doh! duit nak upah angkut sampah pun tak ado. Pen asihat Ekonomi den pun gaji seringgit jo)!!!

    ReplyDelete