Gua tak pasti kenapa perkara ini berlaku. Yang gua tau keadaan ini terjadi apabila perkhidmatan Alam Flora di Selangor tiada lagi. Sama ada diberhentikan atau menerima desakan untuk berhenti itu gua akan siasat. Apa yang pasti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor pada ketika ini dibawah bos mereka si Khalid Ibrahim telah GAGAL melaksanakan tanggunggjawab mereka sehingga sanggup membiarkan Selangor bergelumang dengan sampah.
Kalau perihal sampah pun dah gagal, bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih mustahak. Sebagai rakyat Selangor yang membayar cukai, gua rasa teraniaya dan tertipu dengan perkhidmatan yang diberikan. Dan malu rasanya melihat negeri yang gua cintai berada dalam keadaan begini (lihat gambar yang gua sertakan).

